Diplomatic Actions Against Haze Issues
Saya beri sedikit laluan.
Saya rasa Muar ni satu hari nanti boleh jadi Perdana Menteri.
Kalau Muar jadi Perdana Menteri, isu jerebu ni dengan Indonesia ni apa
tindakan?
Kalau Muar sebagai Perdana Menteri sekarang ni,
apa tindakan yang Muar nak buat
kepada kerajaan Indonesia untuk mengatasi masalah pembakaran dan juga
mengakibatkan masalah jerebu yang kita sekarang ni tengah menghadapi satu masalah
kesihatan yang, yang sangat besar. Sila Muar,
saya mahu respond daripada Muar.
Saya dah kongsikan dua. Saya rumuskan satu nota Diplomatic Protest
bukan setakat
dari Malaysia tetapi sebagai ASEAN.
You need to treat them as an outcast in the region.
Bukan setakat Malaysia tetapi tekanan diplomatik daripada peringkat
region ini sangat kuat. Kedua, pastikan bahawa Malaysia mengembeling
bukan setakat
Malaysia tetapi Singapura yang merupakan penyumbang modal terbesar. Big banks.
Maybank, CIMB, DBS yang meminjamkan modal besar kepada
syarikat-syarikat
di Indonesia yang turut terkait dengan isu Slash and Burn ini
tidak boleh diberikan akses lagi. Cut their access.
Hurt their wallet supaya mereka tidak bertindak.
Dan ketiga, sama saja bagaimana Tun Doktor Mahathir
dulu bila
berentap dengan UK apabila ada masalah tidak boleh hanya mengharapkan
kerajaan untuk bertindak. Go to the people. Go to the public.
Pastikan bahawa rakyat Malaysia turut bersama mengembeling tenaga dan
melakukan protes daripada sudut kewangan.
We have the power and the purchasing power yang akhirnya
syarikat-syarikat
Indonesia akan takut. Kerana akhirnya walaupun Malaysia
modalnya hanya tiga puluh juta orang, tetapi contohnya daripada
sudut pembelian, we are among the highest in the region per
capital.
Walaupun jumlah penduduk kita taklah sebesar tiga ratus juta. We can do it!
Tetapi perlu mengembeling tenaga rakyat, modal-modal pasaran terbesar, bank-bank
terbesar di Malaysia. Dan tidak cukup Malaysia tetapi
menggunakan penuh ini
secara keseluruhan. I think we do that. We hit them where it hurts them the most.
Barulah akan ada tindakan. Saya nak yakinkan pula orang Muar
contohnya, you need to
care about environment. Kata buat apa?
Saya ikut lima tahun pun negara jiran boleh bakar satu hutan saiz negeri,
hancur juga. Saya juga yang sakit.
Kalau tidak ada tindakan yang tegas, percayalah isu ini akan
berterusan. Tidak kira siapa pun Perdana Menteri.
Tidak kira siapa pun er kerajaan. Dan kita perlu tahu isu jerebu ni
bukan lagi isu kecil. Anak-anak kita bila tak boleh pergi
sekolah. Sekolah tutup.
Ini bukan perkara kecil kerana jerebu yang teruk yang dibuat oleh Slash and Burn
tactic oleh negara jiran. Anak-anak kita tidak dapat pendidikan yang
patut mereka terima. Apa yang boleh Malaysia lakukan?
Kita perlu ada solusi.
Pertama sekali, kita perlu pastikan dan tak cukup kita
hanya buat panggilan kepada
President. Tak boleh. We need to do more.
Kita pertama perlu hantar nota diplomatik yang tegas bahawa Malaysia membantah dan
bukan setakat Malaysia membantah.
Perkara ini perlu dipersetujui bersama oleh ASEAN khususnya oleh negara jiran
yang
turut terkesan seperti Singapura. We must send a very clear diplomatic
protest.
Kedua, Malaysia dan Singapura ada persamaan dan
pengaruh. Iaitu kita juga yang memberikan
modal besar kepada syarikat-syarikat di Indonesia.
Singapore have DBS Bank. Di Malaysia ada Maybank dan CIMB yang
turut beroperasi di
Indonesia. We need to be very stern.
Syarikat-syarikat walaupun sedikit pun terkait dengan Slash and Burn tactic ini,
they must be kept out from the system dan tidak boleh dapat lagi akses modal
pasaran bukan setakat di Malaysia dan Singapura but even to access
loans from our institution. We need to hit them where they
hurt the most. Kalau tidak, perkara ini akan berterusan.
Syarikat-syarikat Malaysia, syarikat-syarikat Singapura yang terkait
dinamakan
oleh Greenpeace. Malaysia perlu ambil tindakan ke atas
mereka.
End of transcript · 600 words